Pages

Tuesday, November 23, 2010

[Gambar] Miniatur Pensil Yang Sangat Menarik

Atok jumpa gambar-gambar miniatur pensil yang sangat menarik ni di The Most Incredible Miniature Pencil Art. Sungguh teliti pembuatannya dan sangat kreatif! Kalian kalau ada masa lapang boleh la mencuba mereka miniatur seumpama ini ye. Jom saksikan...

Monday, November 22, 2010

Tidak! Ianya Terlalu Besar!

Slot santai kali ini diisi dengan satu babak kartun yang atok jumpa di entri It'is too big. Apa agaknya motif babak ini ye?


Adakah ianya berbaur lucah? Mungkin ya jika kalian tidak menghabiskan pembacaan kalian. Alang-alang membaca biarlah sampai ke luar kulit buku! Hehe...

(Gambar) Cara Penjagaan Bayi Yang Betul

Entri kali ni khas buat cucu-cucu atok yang bakal bergelar ayah. Para ibu bolehlah kongsikan entri ni dengan suami-suami kalian. Mana tahu kan, selepas baca entri ni terus teringin nak tambah anak. Hehe...

Sunday, November 21, 2010

Kurangkan Pengangguran Dengan Aktiviti Blogging

Jobless atau penganggur sering menjadi agenda utama berkaitan isu ekonomi sesebuah negara. Jika elok ekonomi negara itu maka kuranglah kadar pengangguran rakyatnya. Kadar pengangguran di Malaysia pada suku pertama tahun ini menurun berikutan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil. Mungkin ini berita baik buat mereka yang asyik goyang kaki di rumah.

Atok sekadar ingin berkongsi pendapat yakni aktiviti blogging turut mampu mengurangkan kadar pengangguran sesebuah negara malah mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama dan masyarakat yang berdikari.

Apa yang dimaksudkan dengan aktiviti blogging boleh kurangkan pengangguran?

Blog mula wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana adanya kesedaran bahawa dengan aktiviti blogging, mereka mampu menjana pendapatan sampingan. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat di antara mereka yang membuat keputusan untuk menjadi blogger sepenuh masa. Ini kerana mereka yakin bahawa mereka mampu 'buat duit' dengan hanya duduk di rumah. Ianya dapat direalisasikan jika para penganggur mempunyai komitmen yang tinggi dalam aktiviti blogging ini kerana aktiviti ini memerlukan pengorbanan masa yang sangat kritikal. Jika sekadar melepaskan batuk di tangga, kerja apa pun yang kalian lakukan tidak akan berhasil!


Wednesday, November 17, 2010

Selamat Datang Ke FamiliAtok

Pertama sekali, atok ucapkan selamat datang kepada cucu-cucu sekalian. Dalam familiatok, istilah atok dan cucu-cucu akan diguna pakai secara besar-besaran. Jadi, tak payah rasa pelik jika kalian terjumpa istilah-istilah tersebut sepanjang mengikuti perkembangan blog ini. Peace...(-_-")

Kenapa familiatok?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa familiatok? Cucu-cucu ni takde kena mengena pun kan dengan famili 'online' yang atok bina ni? Bagi atok, setiap pembaca blog ini adalah sebahagian dari familiatok. Mungkin di luar sana, ramai yang menggunakan istilah 'fan' atau sebagainya, tapi bagi atok, atok lebih sukakan istilah famili di mana ianya nampak lebih cool dan mesra alam. Mungkin dari sini, kita dapat bina sebuah famili 'online' yang besar. Nanti boleh la atok anjurkan event untuk cucu-cucu tersayang ni. Baru meriah sikit kan.


Delete this element to display blogger navbar