Pages

Sunday, November 21, 2010

Kurangkan Pengangguran Dengan Aktiviti Blogging

Jobless atau penganggur sering menjadi agenda utama berkaitan isu ekonomi sesebuah negara. Jika elok ekonomi negara itu maka kuranglah kadar pengangguran rakyatnya. Kadar pengangguran di Malaysia pada suku pertama tahun ini menurun berikutan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil. Mungkin ini berita baik buat mereka yang asyik goyang kaki di rumah.

Atok sekadar ingin berkongsi pendapat yakni aktiviti blogging turut mampu mengurangkan kadar pengangguran sesebuah negara malah mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama dan masyarakat yang berdikari.

Apa yang dimaksudkan dengan aktiviti blogging boleh kurangkan pengangguran?

Blog mula wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana adanya kesedaran bahawa dengan aktiviti blogging, mereka mampu menjana pendapatan sampingan. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat di antara mereka yang membuat keputusan untuk menjadi blogger sepenuh masa. Ini kerana mereka yakin bahawa mereka mampu 'buat duit' dengan hanya duduk di rumah. Ianya dapat direalisasikan jika para penganggur mempunyai komitmen yang tinggi dalam aktiviti blogging ini kerana aktiviti ini memerlukan pengorbanan masa yang sangat kritikal. Jika sekadar melepaskan batuk di tangga, kerja apa pun yang kalian lakukan tidak akan berhasil!


Mungkin ada di antara penganggur yang sering melepak di cyber cafe demi melayani karenah teman-teman facebook mereka. Apa salahnya jika kali ini, mereka ke cyber cafe untuk memberi informasi berguna buat pembaca blog mereka di samping menjana sedikit 'wang saku.' Ini merupakan perkara positif yang menjurus kepada masyarakat minda kelas pertama. Kenapa?

Untuk mengemaskini sesuatu blog atau menulis artikel-artikel terbaru, kalian perlu banyak membaca. Dari situ, kalian akan memperoleh sedikit maklumat atau info berguna buat kalian mahupun pembaca kalian. Mungkin blog kalian hanyalah sebuah blog peribadi. Namun, apa salahnya jika artikel peribadi itu diselitkan sedikit dengan info-info menarik buat tatapan pembaca. Mungkin info tersebut berguna buat 3/10 pembaca kalian. Hal ini mampu menarik pembaca-pembaca tersebut untuk tidak lekang dengan setiap artikel terbaru yang disiarkan. 

Selain itu, aktiviti blogging juga mampu mengajar kalian erti berdikari. Kalian perlu mencari maklumat berkaitan ilmu internet bagi 'melariskan' blog yang kalian usahakan. Bila ianya sudah mula dikenali ramai, kalian harus bijak menggunakan peluang untuk membuka ruangan-ruangan iklan bagi 'menambah wang saku' kalian itu. Kalian juga boleh menggunakan keistimewaan itu untuk menambah jaringan blog. Mungkin dari situ, kalian memerlukan tenaga sokongan untuk menulis artikel-artikel. Oleh itu, kalian boleh menggajikan mereka-mereka yang masih menganggur di luar sana. Hal ini mampu mengurangkan kadar pengangguran seterusnya mewujudkan suatu ruang pekerjaan yang santai dan bijak.

Akhir sekali, kalian harus ingat bahawa setiap apa yang kita lakukan biarlah ikhlas. Pekerjaan yang dilakukan secara ihklas itu akan memberikan suatu kepuasan yang tersendiri. Kalian juga perlu ingat bahawa tidak semua yang menceburkan diri dalam dunia internet ini berjaya 100%. Ini hanyalah alternatif yang atok fikir. Mungkin cucu-cucu ada idea lain?


No comments:

Post a Comment

Delete this element to display blogger navbar