Pages

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Datang Ke FamiliAtok

Pertama sekali, atok ucapkan selamat datang kepada cucu-cucu sekalian. Dalam familiatok, istilah atok dan cucu-cucu akan diguna pakai secara besar-besaran. Jadi, tak payah rasa pelik jika kalian terjumpa istilah-istilah tersebut sepanjang mengikuti perkembangan blog ini. Peace...(-_-")

Kenapa familiatok?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa familiatok? Cucu-cucu ni takde kena mengena pun kan dengan famili 'online' yang atok bina ni? Bagi atok, setiap pembaca blog ini adalah sebahagian dari familiatok. Mungkin di luar sana, ramai yang menggunakan istilah 'fan' atau sebagainya, tapi bagi atok, atok lebih sukakan istilah famili di mana ianya nampak lebih cool dan mesra alam. Mungkin dari sini, kita dapat bina sebuah famili 'online' yang besar. Nanti boleh la atok anjurkan event untuk cucu-cucu tersayang ni. Baru meriah sikit kan.


Siapa atok?

Sebelum cucu-cucu teruskan journey bersama atok, kalian kena tahu dulu siapa atok. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu? Untuk pengetahuan kalian, watak 'atok' hanya wujud di alam maya. Karakter ini memainkan peranan penting bagi 'menghidupkan' familiatok

Blog pasal apa?

familiatok hanya sebuah blog yang simple. Selain dimuatkan cerita-cerita fiksyen atok, cucu-cucu akan turut disajikan dengan entri-entri yang memaparkan perkara-perkara menarik yang atok jumpa sepanjang 'perjalanan' atok di alam maya. Kenapa atok lakukan semua ni? Sebelum atok jawab, izinkan atok bertanya-berapa ramai yang gunakan khidmat jalur lebar untuk mencari maklumat-maklumat menarik yang boleh dikongsikan bersama? Atok rasa cucu-cucu dah tahu jawapannya. 

Perancangan masa hadapan?

Atok bercadang untuk menubuhkan blog yang menggunakan domain sendiri. Buat masa sekarang, biarlah atok gunakan apa yang ada. Atok akan perhatikan dahulu perkembangan blog ini dari semasa ke semasa agar semuanya mengikut apa yang dirancang. 

Nak hubungi atok?

Caranya mudah, cucu-cucu hanya perlu emelkan kepada familiatok@yahoo.com. Dengan gunakan emel tersebut, kalian boleh hantarkan apa sahaja permasalahan atau perkongsian maklumat kepada atok. Kalau perkara itu menarik, atok tak teragak-agak untuk kongsikan bersama ahli famili yang lain. 

Harapan atok?

Banyaknya soalan. Takpelah, asalakan ianya memuaskan hati cucu-cucu atok ni. Apa yang atok harapkan hanyalah kerjasama dari cucu-cucu sekalian. Mungkin cucu-cucu boleh sebarkan tentang kewujudan familiatok kepada yang lain, dari situ, famili 'online' ini akan terus berkembang dan bertambah ceria. Atok juga mengharapkan maklumat-maklumat dari kalian dalam membantu memperkembangkan familiatok. Itu je kot buat masa ni.

Salam sayang dari atok...

No comments:

Post a Comment

Delete this element to display blogger navbar